assalammualaikum dan salam sejahtera..
Berat untuk menyatakan, walau bagaimanapun tetap kena nyatakan juga kerana minggu ini adalah minggu terakhir saya dan rakan-rakan dalam proses pembelajaran subjek komputer dalam pendidikan. Sepanjang pembelajaran saya dalam kursus ini sangat memuaskan dan banyak pembelajaran baru yang saya pelajari dari pelbagai aspek pembuatan video dan sebagainya. Pada pandangan saya kursus ini banyak membantu pelajar dari pelbagai bentuk dan saya juga cadangkan kepada pelajar di ukm ini agar mengikuti kursus komputer pendidikan. Pelbagai cara akan di terajui oleh konsep komputer pada era ini. dari sedut dimensi yang berbeza, komputer sangat penting untuk sesuatu perkara dan harus diketegahkan padagolongan pelajar. Berakhirnya kursus komputer dalam pendidikan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Dr fariza banyak membantu dalam pembelajaran sepanjang semester ini dan membawa kami mengenali pelbagai tajuk baru dalam pendidikan komputer. Insya Allah, ada rezeki kita jumpa lagi.... sekian, -aezhar-
0 Comments
assalammualikum dan salam sejahtera.. pada pembelajaran minggu ini banyak perkara yang dapat pelajari. salah satunya saya dapat belajar berkenaan cara membuat sesuatu kerja atau cara pembahagian markah dengan menggunakan excel dengan lebih mudah. pembelajaran ini dapat membantu semua golongan pelajar dengan lebih teliti dan mudah. pembelajran ini akan mengajar kita cara membuat dengan lebih cepat dan tidak membuang masa terlalu lama untuk pembahagian markah itu. terima kasih kepada Dr. fariza membantu dalam pembelajaran ini. Di samping itu juga, penggunaan excel ini dapat saya gunakan untuk masa hadapan. Sebagai seorang bakal pendidik, saya mesti mempelajari teknik penggunaan excel ini, kerana memudahkan kemaskini markah pelajar-pelajar saya. Ini bukan lah kali pertama saya menggunakan excel. Walaupun sebelum ini saya pernah menggunakannya, tetapi ada yang belum saya tahu dan diajar oleh Dr. Fariza. Jadi, ia teta sesuatu yang baru buat saya sekian, -aezhar- Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, Dr. Fariza tidak dapat hadir di kelas pada minggu ini. Tetapi, Dr. telah meninggalkan tugasan kepada kami untuk diselesaikan. Beliau telah memberi satu tajuk iaitu Komputer sebagai alat, tuto dan tutee. Kami perlu membuat esei dan dihantar ke e-portfolio yang telah disediakan.
Walau bagaimanapun, kami juga perlu menyediakan video mengikut kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tajuk dan tajuk kumpulan saya ialah Keselamatan Komputer. Kami perlu mencipta video sendiri yang mempunyai maklumat mengenai keselamatan komputer. Alhamdulillah, setelah dirancang dan mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan, kami telah mendapat satu jalan cerita. Video kami dimasukkan ke dalam Youtube. _aezhar_ Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini seperti mana dinyatakan pada minggu lepas, saya perlu membentangkan bronchure saya kepada kelas. Sebelum itu, saya perlu memasukkan bronchure saya ke dalam open learning yang telah disediakan oleh Dr. Fariza sendiri. Ketika pembentangan, Dr. Fariza menyuruh saya membuat beberapa baik pulih ke atas bronchure saya. Alhamdulillah, secara keseluruhan, Dr. berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan.
Selepas perbentangan selesai, Dr. menyuruh kami membuat storyboard. Sebenarnya, kami ditugaskan membuat satu video mengenai komputer dalam Pendidikan yang mengunakan animasi. Video tersebut harus mempunyai maklumat-maklumat penting yang boleh disampaikan kepada khalayak ramai. Video tersebut harus dilakukan secara berkumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada Al-Azani, Iqin, Erin dan saya sendiri. Kumpulan kami telah memilih tajuk Keselamatan Komputer. Perbincangan telah dilakukan dan pada minggu hadapan kami harus membentangkan storyboard kami. Sekian -aezhar- Pada minggu ke-11 ini, saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana terlibat dengan latihan hoki. Tetapi saya dimaklumkan oleh kawan sekelas yang Dr. Fariza telah memberi kerja yang harus kami siapkan dan dihantar pada minggu berikutnya. Walaupun, saya tidak dapat hadir ke kelas tetapi saya telah meminta tolong daripada kawan sekelas seperti Al-Azani, Asyikin dan Adila. Saya dimaklumkan oleh mereka utk menyiapkan satu bronchure. Bronchue tersebut harus diisi dengan maklumat-maklumat penting mengenai tempat yang ingin saya lawati. Saya telah memilih Pulau pangkor sebagai destinasi pelancongan saya berbeza dengan kawan-kawan saya yang lain, yang lebih berminat memilih untuk melancong ke luar negara. Pada mula-mulanya saya rasa amat terkial-kial untuk menyiapkan bronchure ini, kerana ini adalah kali pertama saya membuatnya. Tetapi hasil bantuan kawan-kawan alhamdulillah saya dapat menyiapkannya eperti mana yang diminta oleh Dr. Fariza. Saya harus membentangkan Bronchure saya pada minggu berikutnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ke 10, kelas dibatalkan kera Dr. Fariza telah pergi ke Australia. Walau bagaimanapun, Dr. telah meninggalkan tugasan kepada kami iaitu menyiapkan google Forms dan juga laporan daripada google forms kami. Kumpulan saya dan Al Azani mengalami sedikit masalah, kerana masing-masing mempunyai hal sendiriyang tak dapa dielakkan seperti terlibat dengan beberapa pertandingan yang disertai. Tetapi, walaubagaimanapun, kami tetap dapat siapkan google forms ini pada saat-saat akhir dan sebarkan kepada responden yang terlibat.
Memang agak sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada khalayak ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai soal selidik yang telah kami sediakan. Tetapi, atas usaha masing-masing dan sifat tidak putus asa, alhamdulillah kami dapat mengumpul data daripada beberapa responden daripada soalan soal selidik yang kami sediakan. Sememangnya, ini adalah satu cabaran buat saya dan Al. Semoga pada masa akan datang kami akan buat lebih baik. Sekian _aezhar_ |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |