Pada minggu ke-11 ini, saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana terlibat dengan latihan hoki. Tetapi saya dimaklumkan oleh kawan sekelas yang Dr. Fariza telah memberi kerja yang harus kami siapkan dan dihantar pada minggu berikutnya. Walaupun, saya tidak dapat hadir ke kelas tetapi saya telah meminta tolong daripada kawan sekelas seperti Al-Azani, Asyikin dan Adila. Saya dimaklumkan oleh mereka utk menyiapkan satu bronchure. Bronchue tersebut harus diisi dengan maklumat-maklumat penting mengenai tempat yang ingin saya lawati. Saya telah memilih Pulau pangkor sebagai destinasi pelancongan saya berbeza dengan kawan-kawan saya yang lain, yang lebih berminat memilih untuk melancong ke luar negara. Pada mula-mulanya saya rasa amat terkial-kial untuk menyiapkan bronchure ini, kerana ini adalah kali pertama saya membuatnya. Tetapi hasil bantuan kawan-kawan alhamdulillah saya dapat menyiapkannya eperti mana yang diminta oleh Dr. Fariza. Saya harus membentangkan Bronchure saya pada minggu berikutnya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |