Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini seperti mana dinyatakan pada minggu lepas, saya perlu membentangkan bronchure saya kepada kelas. Sebelum itu, saya perlu memasukkan bronchure saya ke dalam open learning yang telah disediakan oleh Dr. Fariza sendiri. Ketika pembentangan, Dr. Fariza menyuruh saya membuat beberapa baik pulih ke atas bronchure saya. Alhamdulillah, secara keseluruhan, Dr. berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan.
Selepas perbentangan selesai, Dr. menyuruh kami membuat storyboard. Sebenarnya, kami ditugaskan membuat satu video mengenai komputer dalam Pendidikan yang mengunakan animasi. Video tersebut harus mempunyai maklumat-maklumat penting yang boleh disampaikan kepada khalayak ramai. Video tersebut harus dilakukan secara berkumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada Al-Azani, Iqin, Erin dan saya sendiri. Kumpulan kami telah memilih tajuk Keselamatan Komputer. Perbincangan telah dilakukan dan pada minggu hadapan kami harus membentangkan storyboard kami. Sekian -aezhar-
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |