Pada minggu ini, kelas berjalan seperti biasa tetapi pada kali ini Dr. Fariza menerangkan dengan lebih detail mengenai penggunaan google forms yang telah kami buat. Dr. menerangkan bagaimana ingin memasukkan data dalam laporan kami. Dr. menerangkan sangat-sangat terperinci dan Alhamdulillah saya faham apa yang diajar oleh Dr. Pada minggu ini, Al Azani tidak dapat hadir ke kelas, jadinya hanya saya seorang sahaja untuk group saya yang hadir pada minggu ini.
Dr. Fariza juga menerangkan bagaimana untuk menghasilkan laporan yang bagus. Antara elemen yang disentuh oleh Dr. Fariza adalah beliau menyuruh kami memulakan sesuatu laporan dengan Pendahuluan dan diikuti oleh Sorotan Literature. Seterusnya, objektif kajian, metadologi kajian yang terdiri daripada sampel kajian, teknik pengumpulan data dan analisis data. Selain itu, Dr. Fariza juga menerangkan kepada kami cara untuk menulis dapatan kajian yang akan ditulis dalam laporan kami. Beliau menyatakan bahawa dapatan kajian haruslah mengikut objektif kajian. Dr. juga menyuruh kami menggunakan google Drive untuk menulis dapatan kajian. Akhir sekali, beliau menyuruh kami memasukkan perbincangan dalam laporan kami. Dalam perbincangan tersebut, kami harus membandingkan dapatan kajian dengan sorotan literature. Seterusnya, memasukkan rumusan dan diakhiri dengan rujukan. Sekian, terima kasih _aezhar_
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |