Pada semester ini, perjalanan hidupku bermula dengan penerimaan jawatan sebagai Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki sesi 2017/2018, memegang portfolio Kelestarian & Kepimpinan. Selepas itu, aku mencabar diriku untuk terlibat dengan Pilihan Raya Kampus dan aku bertanding dibawah kerusi Fakulti Pendidikan. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada aku dan pasukanku. Tahniah semua.
Masih jauh perjalanan hidup aku di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, dan aku mengharapkan semuanya berjalan seperti yang telah dirancang. Perancangan daripada-Nya adalah sebaik-baik perancangan.