Harapan saya terhadap program ini adalah, saya dapat menggunakan ilmu yang saya dapat ini untuk masa yang akan datang. Sebagai seorang bakal guru, semestinya ilmu mengenai teknologi ada untuk diri sendiri. Hal ini adalah untuk digunakan ketika di dalam kelas. Selain itu, inovasi dalam pengajaran dan pmbelajaran amatlah sesuai kerana ia selari dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menitikberatkan inovasi dalam pembelajaran. Subjek ini wajib diambil oleh semua bakal guru dan boleh digunakan untuk kerjaya lain juga. Sebagai seorang atlet dan bakal guru, saya yakin, inovasi dalam sukan pada era sekarang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, perubahan ini, harus dirasai oleh semua orang agar kita dapat mengetahui peredaran masa sekarang.