Nama diberi Muhamad Azhar Bin Adnan. Aku adalah anak sulung bagi 4 orang adik-beradikku. Ayahku adalah Adnan Bin Mat Wahee, manakala Ibuku adalah Hasniza Binti Abdul Wahb. Ayahku bekerja sebagai seorang nelayan di Pantai Remis, Perak dan ibuku hanya seorang suri rumah sambil membuat kerja sambilan menjahit baju yang ditempah oleh orang kampung. Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang senang tetapi aku cukup bahagia dengan keluargaku sekarang. Sebagai anak sulung dalam keluargaku, maka tanggungjawab yang digalas olehku amatlah besar. Aku adalah contoh kepada adik2 yang berada dibawahku. Adik dibawah aku berumur 19 tahun dan dia seorang perempuan. Dia tidak menyambung pelajarannya, tetapi dia bekerja sebagai seorang ustazah di sekolah agama rakyat bagi meringankan beban keluargaku. Aku sangat menyayangi dan menghormatinya sebagai seorang adik perempuan kerana hanya dia sahaja adik perempuan yang aku miliki. Adik ke-2 ku berumur 15 tahun sekarang dan insya Allah dalam masa terdekat dia akan menghabiskan hafalan Al-Qurannya di Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat. Arash nama diberi dan merupakan satu permata di dalam keluargaku. Walaupun kecil orangnya tetapi ilmu yang dimilikinya dapat membawa kami satu keluarga ke syurga insya Allah. Adikku yang terakhir berumur 8 tahun sekarang. Paling kecil dan paling kretif pemikirannya. Kenapa aku kata macam tu, sebab aku belum lihat lagi ada budak yang berumur sepertinya dapat melukis plan perumahan atau perkampungan yang lengkap facility yang moden. Tetapi apa yang aku perasan kepada adikku ini dia mempunyai ciri Disleksia.