Pada minggu ke-7, kelas kami bermula seperti biasa pukul 9 pagi di makmal 4 FPEND. Tapi, sebelum mulanya kelas kami, majlis penyampaian hadiah telah berlaku. penyampaian hadiah tersebut adalah untuk memberi anugerah kepada kumpulan yang mendapat undian paling tertinggi di dalam kelas mengenai pembentangan minggu lepas. Alhamdulillah, kumpulan saya telah menang. Terima Kasih Dr. Fariza.
Selepas itu, Dr. telah menerangkan kepada kelas untuk melakukan tugasan pada minggu ini. Dr. menyarankan kami untuk menggunakan google forms untuk menjalankan penyelidikan terhadap student Universiti mengenai pembelajaran pada zaman sekarang. Kumpulan saya bersama dengan Al-Azani telah mendapat tajuk E-Learning dan M-Learning. Saya dan Al-Azani telah melakukan perbincangan mengenai tajuk yang kami dapat. Pelbagai cara kami lakukan bagi memastikan tugasan yang kami dapat ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Insya Allah, selepas cuti mid sem ini, penyelidikan kami akan berjalan seperti biasa. Soalan-soalan yang ingin dikemukakan kepada responden masih lagi dalam pembikinan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |