Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dan syukur dapat juga pulang ke kampung walaupun sekejap sahaja. Cuti midsem dah berakhir, jadinya pada minggu ini, kelas komputer dalam pendidikan berjalan seperti biasa bersama dengan Dr. Fariza. Kelas pada minggu ini lebih santai dari kelas-kelas sebelum ini, kerana Dr. hanya ingin melihat dan membetulkan tugasan yang telah diberikan kepada kami pada minggu lepas. Dr. menggunakan pendekatan, bergerak dari group ke satu group yang lain. Hal ini adalah bagi memastikan setiap group dapat menerima maklumat yang penting dan terperinci daripada Dr. Fariza.
Dr. menyarankan saya dan Al-Azani mengubah sedikit cara dan soalan yang ada di dalam google forms kami. Hal ini kerana, terdapat soalan yang tidak ada mengena dengan objektif kajian kami. Memang ini adalah satu cabaran bagi kami berdua. Bagi saya, ini adalah kali pertama saya mencipta google forms untuk ditanya kepada responden. Sememangnya mengambil masa yang lama, walaupun masa semakin singkat untuk menghantar assignment kami pada minggu ke-14. Insya Allah, kami mampu menyiapkan tugasan ini. sekian _aezhar_
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |