Pada minggu ke-7, kelas kami bermula seperti biasa pukul 9 pagi di makmal 4 FPEND. Tapi, sebelum mulanya kelas kami, majlis penyampaian hadiah telah berlaku. penyampaian hadiah tersebut adalah untuk memberi anugerah kepada kumpulan yang mendapat undian paling tertinggi di dalam kelas mengenai pembentangan minggu lepas. Alhamdulillah, kumpulan saya telah menang. Terima Kasih Dr. Fariza.
Selepas itu, Dr. telah menerangkan kepada kelas untuk melakukan tugasan pada minggu ini. Dr. menyarankan kami untuk menggunakan google forms untuk menjalankan penyelidikan terhadap student Universiti mengenai pembelajaran pada zaman sekarang. Kumpulan saya bersama dengan Al-Azani telah mendapat tajuk E-Learning dan M-Learning. Saya dan Al-Azani telah melakukan perbincangan mengenai tajuk yang kami dapat. Pelbagai cara kami lakukan bagi memastikan tugasan yang kami dapat ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Insya Allah, selepas cuti mid sem ini, penyelidikan kami akan berjalan seperti biasa. Soalan-soalan yang ingin dikemukakan kepada responden masih lagi dalam pembikinan.
0 Comments
Pada minggu ke 6 ini, Dr. Fariza menyuruh kami memuat turun satu aplikasi di dalam telefon masing. Aplikasi tersebut adalah Aurasma. Bagi aku, ini adalah kali pertama aku mendengar aplikasi ini dan menggunakannya. Pelik bagi aku untuk menggunakannya. Tetapi setelah diterang oleh Dr. , aku boleh menggunakannya. Aku sangat2 terpegun bila kali pertama aplikasi itu dimainkan. Caranya adalah "scan" gambar yang diberikan oleh Dr. dan tiba2 ada satu lagi video yang dimainkan daripada gambar tersebut. Hanya satu perkataan yang terkeluar dari mulut aku ketika itu "woww". Sememangnya ini adalah satu ilmu dan pengalaman baru bagi aku. Selain itu, ketika didalam kelas, Dr. Fariza kami cara menggunakan "Google Slide" dan bagaimana untuk menjadikan Slide kami menjadi lebih baik dan dipenuhi infomasi yang amat berguna. Kami dibahagikan didalam kumpulan dan aku kumpulan bersama Al Azani dan Adila. Tugasan yang kami terima adalah menerangkan apa itu e-learning. Kami perlu mencari isi dan maklumat-maklumat penting di internet dan dikumpulkan. Maklumat-maklumat tersebut kami perlu masukkan ke dalam Slide kami untuk kami bentangkan pada penghujung kelas kami. Alhamdulillah, kumpul kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya.
Assalamualaikum. Semalam (6/10/2016) merupakan kelas ke-3 saya bersama Dr. Fariza walaupun pada perjumpaan kali ke-2 Dr. tak dapatkan hadirkan diri ke kelas tapi pada kali ini Dr. hadir untuk menyampaikan ilmu kepada kami. Pada hari ini Dr. menerangkan lebih mendalam mengenai LMS dan CMS dan Dr. juga menerangkan contoh laman-laman web yang mengunakan kaedah LMS dan CMS. Apa yang saya faham mengenai LMS adalah LMS ini lebih luas skopnya manakala CMS ini hanya fokus kepada 1 benda sahaja.
Selepas ini, Dr. Fariza telah membahagikan kami kepada 6 kumpulan untuk diberikan tugasan atau assignment yang akan kami buat sepanjang minggu ke-5 dan ke-6. Kumpulan saya bersama Al Azani telah mendapat tugasan yang ke-6 iaitu M-Learning dan E-Learning. Kami perlu menerangkan apakah itu M-Learning dan E-learning kepada ahli kelas kami pada minggu berikutnya. Dr. Fariza juga mengajar kami untuk mencari maklumat di internet dengan lebih mudah. Saya yang selama ini tidak tahu ada cara yang mudah untuk mencari maklumat terkejut apabila apa yang diajar oleh Dr. ama-amat berguna sepanjang hidup saya. Saya terpegun seketika kerana kaedah yang diajar oleh Dr. sememangnya satu ilmu yang baru oleh saya. Terima kasih Dr. kerana mengajar saya untuk mencari maklumat dengan lebih mudah. Akhir sekali, Dr. Fariza juga mengajar kami cara mengunakan Google Docs dan juga Google Slide. Apa yang saya paham dan teliti, penggunaan 2 kaedah ini dapat memudahkan student untuk menyiapkan assignment atau tugasan yang diberi oleh lecture dengan lebih sistematik dan mudah walau dimanapun mereka berada. Sememangnya kelas Komputer Dalam Pendidikan ini telah memberi satu pengalaman yang sangat-sangat berguna kepada saya walaupun baru 3 kali saya memasuki kelas ini. Sekian. 29/9/2016 adalah merupakan kelas ke-2 saya bersama dengan Dr. Fariza. Tapi, Dr. Fariza tidak dapat menghadirkan dirinya ke kelas pada hari tu sebab dia majlis yang wajib dihadiri. Tetapi, Dr. telah memberi tugasan untuk kami lakukan pada minggu tersebut. Dr. menyuruh kami mencari maklumat mengenai LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) dan COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS). Hasil daripada apa yang telah saya dapat daripada tugasan ini, saya dapat membezakan antara LMS dan CMS yang selama ini belum pernah saya dengari. Walau bagaimanapun, hasil kelas Komputer Dalam Pendidikan ini telah memberi satu ilmu yang baru kepada saya dalam bidang pendidikan ini yang amat berguna pada zaman teknologi kini. Antara hasil yang telah saya perolehi adalah :
LMS:
CMS: ~ untuk menyimpan bahan-bahan kursus secara dalam talian ~ menilai kemajuan pelajar dengan kadar yang segera melalui kuizyang diberikan oleh pengajar melalui dalam talian. ~ alat komunikasi dimana pengajar boleh menghantar pengumuman kepada kelas dan komunikasi secara individu dengan pelajar ~ medan perbincangan antara pengajar dan pelajar. Pada pandangan saya, komputer dalam pendidiakan merupkan satu bidang yang harus diketengahkan kepada semua pelajar di UKM ini kerana perkara ini melibatkan kemahiran asas dalam era perkembangan teknologi ini. Hal ini juga dapat membantu para pelajar memudahkan cara pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.22/09/2016 merupakan kelas pertama saya bersama dengan Dr. Fariza Khalid. Dr. Fariza merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar kelas Komputer Dalam Pendidikan. Apa yang dapat saya simpulkan adalah kelas komputer dalam pendidikan ini merupakan kelas yang "enjoy", tidak terlalu membosankan kerana kami diajar terus untuk menghasilkan blog sendiri. Walaupun pada permulaan kelas, saya rasa sedikit kekok tetapi lama kelamaan semuanya menjadi seperti biasa sebab penerangan daripada Dr. Fariza jelas dan mudah difahami. Walaupun masa tidak mengizinkan kami untuk menyiapkan blog pada hari tersebut, tetapi kami mampu menghasilkan blog ini sendiri walaupun buat di kolej. Kami jadikan tugas menghasilkan blog pada minggu ke-3 ini sebagai satu tugasan atau assignment. Walaupun hanya sebagai satu refleksi mengenai kelas yang saya ambil, tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baru dalam hidup saya. Insya Allah, pada episod akan datang kita akan ketemu lagi. Amin...
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |