Assalamualaikum. Semalam (6/10/2016) merupakan kelas ke-3 saya bersama Dr. Fariza walaupun pada perjumpaan kali ke-2 Dr. tak dapatkan hadirkan diri ke kelas tapi pada kali ini Dr. hadir untuk menyampaikan ilmu kepada kami. Pada hari ini Dr. menerangkan lebih mendalam mengenai LMS dan CMS dan Dr. juga menerangkan contoh laman-laman web yang mengunakan kaedah LMS dan CMS. Apa yang saya faham mengenai LMS adalah LMS ini lebih luas skopnya manakala CMS ini hanya fokus kepada 1 benda sahaja.
Selepas ini, Dr. Fariza telah membahagikan kami kepada 6 kumpulan untuk diberikan tugasan atau assignment yang akan kami buat sepanjang minggu ke-5 dan ke-6. Kumpulan saya bersama Al Azani telah mendapat tugasan yang ke-6 iaitu M-Learning dan E-Learning. Kami perlu menerangkan apakah itu M-Learning dan E-learning kepada ahli kelas kami pada minggu berikutnya. Dr. Fariza juga mengajar kami untuk mencari maklumat di internet dengan lebih mudah. Saya yang selama ini tidak tahu ada cara yang mudah untuk mencari maklumat terkejut apabila apa yang diajar oleh Dr. ama-amat berguna sepanjang hidup saya. Saya terpegun seketika kerana kaedah yang diajar oleh Dr. sememangnya satu ilmu yang baru oleh saya. Terima kasih Dr. kerana mengajar saya untuk mencari maklumat dengan lebih mudah. Akhir sekali, Dr. Fariza juga mengajar kami cara mengunakan Google Docs dan juga Google Slide. Apa yang saya paham dan teliti, penggunaan 2 kaedah ini dapat memudahkan student untuk menyiapkan assignment atau tugasan yang diberi oleh lecture dengan lebih sistematik dan mudah walau dimanapun mereka berada. Sememangnya kelas Komputer Dalam Pendidikan ini telah memberi satu pengalaman yang sangat-sangat berguna kepada saya walaupun baru 3 kali saya memasuki kelas ini. Sekian.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |