Pada minggu ke 6 ini, Dr. Fariza menyuruh kami memuat turun satu aplikasi di dalam telefon masing. Aplikasi tersebut adalah Aurasma. Bagi aku, ini adalah kali pertama aku mendengar aplikasi ini dan menggunakannya. Pelik bagi aku untuk menggunakannya. Tetapi setelah diterang oleh Dr. , aku boleh menggunakannya. Aku sangat2 terpegun bila kali pertama aplikasi itu dimainkan. Caranya adalah "scan" gambar yang diberikan oleh Dr. dan tiba2 ada satu lagi video yang dimainkan daripada gambar tersebut. Hanya satu perkataan yang terkeluar dari mulut aku ketika itu "woww". Sememangnya ini adalah satu ilmu dan pengalaman baru bagi aku. Selain itu, ketika didalam kelas, Dr. Fariza kami cara menggunakan "Google Slide" dan bagaimana untuk menjadikan Slide kami menjadi lebih baik dan dipenuhi infomasi yang amat berguna. Kami dibahagikan didalam kumpulan dan aku kumpulan bersama Al Azani dan Adila. Tugasan yang kami terima adalah menerangkan apa itu e-learning. Kami perlu mencari isi dan maklumat-maklumat penting di internet dan dikumpulkan. Maklumat-maklumat tersebut kami perlu masukkan ke dalam Slide kami untuk kami bentangkan pada penghujung kelas kami. Alhamdulillah, kumpul kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |