Pada pandangan saya, komputer dalam pendidiakan merupkan satu bidang yang harus diketengahkan kepada semua pelajar di UKM ini kerana perkara ini melibatkan kemahiran asas dalam era perkembangan teknologi ini. Hal ini juga dapat membantu para pelajar memudahkan cara pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.22/09/2016 merupakan kelas pertama saya bersama dengan Dr. Fariza Khalid. Dr. Fariza merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar kelas Komputer Dalam Pendidikan. Apa yang dapat saya simpulkan adalah kelas komputer dalam pendidikan ini merupakan kelas yang "enjoy", tidak terlalu membosankan kerana kami diajar terus untuk menghasilkan blog sendiri. Walaupun pada permulaan kelas, saya rasa sedikit kekok tetapi lama kelamaan semuanya menjadi seperti biasa sebab penerangan daripada Dr. Fariza jelas dan mudah difahami. Walaupun masa tidak mengizinkan kami untuk menyiapkan blog pada hari tersebut, tetapi kami mampu menghasilkan blog ini sendiri walaupun buat di kolej. Kami jadikan tugas menghasilkan blog pada minggu ke-3 ini sebagai satu tugasan atau assignment. Walaupun hanya sebagai satu refleksi mengenai kelas yang saya ambil, tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baru dalam hidup saya. Insya Allah, pada episod akan datang kita akan ketemu lagi. Amin...
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |